Friday, February 13, 2009

Valentine's Day

Dasar sejarahnya sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Untuk mengenang jasa dan pengorbanan Saint Valentine serta menghormati tradisi rakyat, maka para pastor Romawi menentukan tarikh 14 Februari sebagai Hari Valentine. Pada 469 M, Paus Gelasius mengumumkan setiap tahun pada 14 Februari sebagai Hari Valentine.

Ketika dalam kurungan, Saint Valentine berhasil menyembuhkan mata seorang gadis buta, anak penjaga menara, berkat imannya yang teguh dan kasihnya yang besar. Valentine jatuh cinta lalu menulis surat cinta pada si gadis. Sebelum menghadapi saat terakhirnya, sepucuk surat terakhir yang ditandatanganinya, tertulis sebuah kalimat "From Your Valentine" kepada gadis itu. Sebuah ekspresi kasih sayang yang hingga sekarang digunakan banyak orang. Setelah Valentine meninggal, di atas makamnya, tumbuh sebatang pohon berwarna merah jambu yang berdaun lebat ibarat lambang cinta yang abadi.

Itu sedikit latar sejarah valentine day.

Pun begitu, Buat sahabat sahabat yang muslim, jatuh hukumnya haram jika anda meraikan hari tersebut, harap anda hindari sesuatu yang boleh memurtadkan anda...Cukup setakat menghormati mereka yang meraikannya..

0 comments: