Tuesday, July 29, 2008

Miss u ol so much...

Tak tau nak cakap apa skung..Btol2 windu dah ngan kowang sumo, da lar tengah sedey nih..Walaupun gambar nih blur2 cket..Aku tak kesah, nak letak gak..Coz ada gambar kitowang suma..Really miz u guys..Spacially my CrazyBez gurlfwen..Huh..

Kowang suma, bulan 10 nanti kita pegi sunway lagoon lepak reramai cam dulu2..Nak tak.?.Nanti mayB geng kita nih datang..Aku soh dia bli tcket blan 10 dtang sini..Tp, kowang mesti lepak sesama gak..N de pesan, sila bawak gurl fwen memasing..hahhaa, sian always de sowang jew pompoan..ehheee..

Kalu boleh member bits yang dekat2 sini wajib datang..Aku nak picture nih lagi fun n mengheppykan..Saerah,yani,Zila,En.Zahri,pu3, kak mun, susie, pong, nadia..n semua2 lah, kwan bek saerah yang baru pon dijemput skali..korang kalu tak datang aku nangih nanti..kahkahkah...

Sunday, July 27, 2008

meet

Dalam dunia ni, kita boleh jumpa sesiapa saja dan berkawan. Dalam pertemuan itu kadang2 ibarat gula, kadang2 sebaliknya. Namun, untuk orang seperti saya... sedaya upaya jika peria sekalipun akan dicuba jadikan semut datang berduyun..Bukan sebab saya ni baik sangat, malah amat disedari aku insan biasa(chewah), rupa pown tak handsome tetapi cuba belajar untuk menghargai harta yang saya miliki percuma iaitu kalian semua..

1. Win smart, Paan kacak, Ekhwan macho,
Ain piss, Saerah blink2, Shirley cute
Balik daripada TGV cinemas crita Dark Knight


2. Martin, Shirley, ED, ALK
Makan2 restoran Arab d bukit bintang, pertama kali jumpa ED n ALK
(Member of www.RuaiKitai.com)


3. Martin n Shirley
Rakan lama meet after 3 years
Alangkah baik jika senyuman jujur dan ikhlas


4. Shirley, Dina, Saerah
Saerah kagum bertemu dina.
Konon kembar dia yang comel but saerah lagi comel


5. Shirley, Saerah, Ain, Ekhwan
Pasangan bahagia sepanjang masa(baju merah) Rakan baik tiba2 (baju hitam)


6. Shirley, Saerah, Photographer, Rakan Photographer
Ini lagilah tiba2 jadi kawan baik saerah, siap minta alamat blog..but, pen tak spoting..huh

Friday, July 18, 2008

Condolence

Petang tadi, kira-kira pukul 4 petang. Saya dikejutkan oleh satu pesanan ringkas(sms) dari seorang rakan yang memaklumkan dia kini berada di airport dan akan balik ke Miri menaiki pesawat jam 7 petang. Kepulangan mengejut disebabkan datuknya telah meniggal pada 17 .7.2008. Kesempatan ini, saya ingin mengutarakan rasa simpati mewakili rakan2 yang lain. Kami semua rakan yang berada di semenanjung ini turut bersedih atas apa yang terjadi pada hari ini. Juga ingin memohon maaf kerana gagal menunaikan permintaan untuk ditemankan berada di airport atas kesulitan yang sukar untuk dielak.

Hope you will be okay.

Tuesday, July 15, 2008

Debat

Debat.?.Namanya saja sudah memperlihatkan siapa yang menang dan siapa pula yang kalah..Ini kata2 salah seorang rakyat M'sia..Siapa.?.Tidak penting untuk aku..Tapi menjawab kata2 ini, biarlah kalian yang tentukan, anda semua lebih arif. Disini debat yanga dimasudkan adalah antara Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Shabery Cheek.Keterbukaan Media, dan Keberanian Menteri Penerangan amat saya kagumi dan puji. Namun, kerangka isi dan hujah sepanjang perdebatan ini lebih penting untuk dinilai dan ditafsir.


Saya bukan orang yang hebat dalam arena ini, tetapi beberapa perkara sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini ingin saya kongsi bersama. Sedikit pandangan saya, dan seberapa banyak pendapat anda saya perlukan.

1. secara umum, gagasan usul mudah oleh DASAI. Turun minyak RM 0.50 menjadikan harga jika bentuk kerajaan adalah RM 2.20. Dibidas dengan cantik oleh Shabery, kenapa turunkan harga RM2.70 - RM0.50.?.Mengaa tidak tolak RM1.90-RM0.50.?.kerana perkara ini mula diwar warkan sebelum pilihanraya lagi.

2. Jawab DSAI, ini langkah awal. Baik, korang sendiri nilai..

3. Pada pihak Shabery, beliau lebih suka fakta dan hujah yang dulu kala punya hal. Masalahnya Anwar tak Jawab. Fakta yang dikeluarkan oleh anwar berkaitan kroni, rasuah dan ++ dijawab oleh Shabery, cuma tidak dipertikaikan. Jawapan shabery begitu intelektual, negara yang punya kadar persepsi rasuah yang rendah pun harga minyak mereka naik juga. Maka rakyat malaysia, kalau ada peluang dapat rasuah tu, ambillah banyak-banyak sekurang2nya boleh guna untuk beli minyak..Mungkin ini satu cadangan untuk mengurangkan beban rakyat jelata kerana kenaikan harga minyak memang tidak boleh dielakkan.

4. Di pihak Anwar, terlalu sayangkan masa. Mungkin kerana dia nak cepat cepat packing sebab esok nak masuk sungai buloh semula. Serangan seperti, krisis yang sejak dulu, semasa anwar dalam kerajaan dia tidak pula selesaikan. Berarak dijalan raya berkonsert tak senonoh dan yang sewaktu dengannya...Semuanya tidak dijawab oleh Anwar. Yang dia cerita macam mana nak dapatkan 5 bilion supaya penurunan harga minyak adalah rasional.

5. Anda pandai2 lah nilai, mana satu yang rakyat malaysia perlukan ketika ini. Apakah kesempatan yang digunakan oleh anwar ketika kesempitan atau keberanian dan keterbukaan Shabery.?.

Buat pendebat UTeM dan rakan2 U yang lain selamat berjuang dipentas perdebatan UMS, Sabah. Isunya Alam sekitar, bukan turun harga minyak. Minyak naik, rakyat berjimat, alam sekitar selamat. Tahniah BN, Kalian sebenarnya menyumbang kearah alam sekitar sejahtera ..haa..

Monday, July 14, 2008

chemistry

Mungkin sesuatu yang tidak pernah terlintas dan terfikir oleh aku, apatah lagi korang semua..haaa..Gandingan Sarah, Yani, Paan dan Martin..Apekejadah jadi satu geng nih. Boleh jadi kew.?.Pasti satu persoalan yang saya yakin, pernah timbul daripada mulut sekurang kurangnya seorang daripada yang mengenali kami..heee...Kami buktikan pada anda, untuk minggu pertama dan kedua ini anda semua ternyata silap..Ahaaa..


Planning aku dan paan nak melepak di panggug 1st wek terbatal tetap terlaksana malam semalam..WANTED.!!!.Setrusnya kami berempat ingin mengajak semua yang ada di kawasan yang sewaktu dengan KL, mari kita main air di SUNWAY LAGOON..kak mun, putri yang bertudung, susie, kuan Peng, Khairul, Lan, Nadia, n ++ dan yang jauh di Penang, Melaka, Johor ++ nak join, silakan...

Sunday, July 13, 2008

Selesai minggu pertama

Hari ini dah masuk minggu kedua, secara rasminya minggu pertama telah berakhir. Dengan buku log yang masih kemas, bersih dan tak berusik entah apalah yang nak jadi. Kesihatan aku yang terganggu ni masih berlarutan entah bila nak sembuh. Namun tabah mengharungi pahit getir minggu pertama, berjuang berhabis-habisan untuk menghabiskan elaun..haa..Lihat saja gambar dibawah ni, semua jenis Mac D, KFC kitorang bedal. Apa tak nya, makan d kedai mamak tiada beza mahal murahnya di bandar sunway ni..huh..Bankrup lah jawap nya nanti..





Dua hari off, dua hari itulah kitorang gunakan untuk melepak..Konon nya dah keja tak ada masa nak bersosial lagi..huhu..Plan untuk tengok wayang 1st week, terbatal sebab panggug tu penuh gila nak mampos..Jadi dalam perancangan midnite malam nilah nak kluar bersama Yani, Sarah, Paan dan Zila..Sesiapa yang nak ikot, jomlah..Daftarlah segera..hee..Apa2 pun, buat rakan2 sekalian datanglah ke Bandar Sunway, Jom kita pegi lepak beramai2. Stay d rumah kitorang..Ada air cond, TV, semua ada..6 Star service n free..ahaa..

Thursday, July 10, 2008

Gud bye kekasihku sayang...

Masa yang menentukan segalanya,
tetapi aku pasti dan yakin akan hati,
aku bukan tidak sayang padamu,
malah engkaupun amat mengerti,
demi kebaikan aku dan kamu,
kedua duanya harus sampai setakat ini,
sekali pun kita sedar,
kebahagiaan seterusnya berbeza...

Andai suatu masa aku bersama yang lain,
harapanku,
kau mengerti,
kehidupan ini perlu diteruskan juga,
tetapi kau tetap teman sejati,
semoga kita tetap bahagia walau tidak bersama...

~Bukan mudah untukku~

Wednesday, July 9, 2008

Congratulation Razif

Tahniah buat seorang rakan, atas kejayaan dalam pecubaannya menceburi bidang glamour..ahaaa..Antara percubaan dengan khabar yang sangat jaya. Terbaru terpilih masuk untuk segmen Hotsshots dalam Digital Camera Magazine.

Kalau nak lagi jelas. Anda semua dijemput untuk melanggan Digital Camera Magazine keluaran Julai 08. Dan kalau tak salah dibawah ini adalah original picture yang dipaparkan tu, serta sedikit maklumat berkaitan. Dan yang paling menarik, time dia shot gambar ni kitorang tengah lepak dan tak pasal2 datang pula ke eye of melaka selepas selesai makan..Maknanya, semuanya bukanlah dalam perancangan Mohd Razif..heee..Anda harus berterima kasih kepada rakan2 lepak anda..haa..Anyway, Tahniah dan banyakkan percubaan..Len kali bolehlah kitorang tempah lagi untuk jadi cameraman..huhu..

Canon EOS 400D Digital

Mode : Manual Mode
W/B : Auto
Flash : Flash not fired
Shutter Speed Value : 1/3s
Apeture Value : f/3.5
ISO Speed Ratings : ISO 200
Focal Length : 18mm

Tuesday, July 8, 2008

1st week Li

Hari ni 2nd day aku punya internship programe, huh..first day semalam punya lar relax..dah lar lama tak online...Hidup R aku semalam membedal PC company nih..hee..Tp, hari kedua,huh...Panas beb, walaupun aircond memacak ke arah aku berdarjah 16%C...

Semalam dia nilai kitorang satu2...Malam tadi dia dah pangil pas tugas pada kitorang..Tugasan tu aku cerita dalam log book lar Kay(tak tulis apa lagi pun, hee).. Nanti aku scan paparkan untuk korang yang nak gelak untuk kami berempat..(Jijah, yani, paan, martin).


2nd day
1st day


Apa2 pun kitorang terutama aku dengan paan, semuanya free..Rumah pun lengkap dengan water heater, aircond, TV, Radio, Set speaker, pendek kata serba lengkap lah yang dia kasi..heee..electricity pown tak perlu bayar termasuk rumah sekali...Tapi elaun,..huh..tak cukup makan.!!!.heee...apa lagi stay di bandar elite nih...tak tau macam mana nak hidup..Kita semua dalam perancangan nak menggagaskan usul "Elaun perlu Dinaikkan" pada BOSS, mungkin selepas 2 minggu..Ahmad Farhan Bin Hamsanai bakal menjadi Perdana Menteri dan timbalannya MySarah..Aku dan Yani support,..Chaiyok chaiyok...hee..Sebab itulah hari kedua walaupun banyak kerja, kitorang semua cam rajin jew..haaa...Fakta kes penting untuk memungkinkan usul diterima..haaa...Picture d atas nih kitorang sempat ambik time kitorang conque ofice pagi tadi dan petang semalam...Yang sorang pompoan tu, Cik Zila sporting jew ngan kitorang..hee..

Wednesday, July 2, 2008

The Pirates of the Caribbean



foto nih sekadar aku nak promote kat korang smoa..datang lah ke ice of melaka...Syangi lah sungai melaka..ahaa..foto nih aku dah lupa, kali last yang bila agak nyew huhu..tp yang pasti tis foto is from professional...nak tengok lagi sila jumpa Mr. Razif.

korang bagi title..aku tak reti..haa..

Cakap last jew, tak last pown..juz grab ayat nih dari rakan saya http://jathniel.blogspot.com/ Dalam entri kali nih, Nah! seperti yang dijanjikan...Dalam ruangan ini aku bukan ingin menyebut tentang pulau batu putih milik singapura, mahupun isu Tun Dr. M keluar UMNO, apatah lagi agenda lompat parti PKR, juga bukan berkaitan MUutd menewaskan chelsea, dan bukan juga tentang kejuaraan stacy di AF6 dengan RM 750,000.00. bukan juga tentang ketidakhadiran aku ke debat perpaduan di sintok Kedah. Semua tu dah lapok..Tapi ingat yang terbaru seipul dan anwar pown aku takkan ulas dalam entri nie, tapi tahniah buat spanyol..Chaiyokk..memang aku jangka seperti yang terjadi...

Yang ini sampai bila bila pown takkan lapok bagi aku..ia tak ubah seperti semalam..Inilah, satu peristiwa yang cukup bersejarah dalam diari pelajar BITS batch 05-08. "Beach Party" diadakan pada 17 dan 18 may yang lepas di tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Maaflah kiranya entri ini agak lambat disebabkan masalah teknikal yang sukar dielakkan.

Keseronokan.?. wah, itu pasti, Management.?. 5 star management team, Kenangan.?.1 lagi yang aku tambah dalam memori...Lihatlah gambar gambar dibawah ini...Seribu satu perkara boleh diungkap, seribu satu cerita tersingkap, seribu satu kata bisa terucap...




Foto, ikhsan dari semua terutama ajib..TQ very much...Gambar (berdialog) idea dan konsep grap from ekhwan shafiq dan hanya rekaan semata mata..N last but not least, selama 3 tahun aku menumpang dibumi bersejarah Hang tuah dan bumi Malaya sangat seronok, korang semua baik baik, Ma kaseh semua...I wil miz u all Bro n Sis...