
Inilah dia cabaran keduakali aku berdebat mewakili Universiti tercinta UTeM..
Masih lagi diberi kepercayaan sebagai pembidas..Ada banyak juga yang aku nak kongsikan di lembaran ini..
Persidangan pertama bertemu dengan tuan rumah USM yang telah layak ke sparuh akhir ari tu..Usul Kebahagian keluarga menjamin kemakmuran negara..Kita membangkang..Apabila PM USm membuka kes aku dapat ketcup kesnya tak kukuh dan banyak lobang aku boleh masuk..Tp ingat USM bukan calang-calang, they all layakl ke separuh akhir..Bangun pula Ketua pembangkang ku yang cantik bak kata PM USM, membangkang kes, tapi terang aku kata kes bangkangan nya juga tak secantik orangnya...Bangun pula timbalan pembangkang, juga perform yang kurang mantap..Bangun pula diriku ini, samalah aku tak puas hati dengan apa yang aku persembahkan..Keluar dewan je, kali ini aku yang terus kemukakan komen kepada pasukan..aku kata kita semua tak buat dengan bagus, bangkangan kes tak mantap, konsep bangkangan dibuka tak cantik, bentangan hujah pun aku tak memuaskan hati..semuanya aku luahkan..Aku membidas pun sangat tak bagus..tak seperti yang aku plan dan harapkan..Mungkin disebabkan first match..Apabila keputusan diumumkan kita menang 3-0...Best debater diri ini lah juga..Namun tak aku banggakan kerana aku dapat lihat kualiti perdebatan ketika itu sangat lah rendah, dapat best debater pown tak ader maknanya bagi aku..Tp tetap gembira sebab menang ..hahha..namun aku respect dengan penyokong USM, mereka semua sangat berdisiplin dan tak memberikan apa-apa tekanan kepada lawan walaupun mereka memenuhkan dewan persidangan ketika perlawanan berlansung..
Maka masuklah ke persidangan kedua, jumpa dengan UUM..Sebagai kerajaan membawakan usul Penjawat awam sudah berintegriti..Kalau kerajaan aku dah rasakan satu perkara yang berat. kerana pertama, aku selalu diaggap sebagai memberikan tekanan, apabila mencipta konsep, soalan ku selalu dianggap sebagai hampeh dan sebagainya..Maka aku mengambil keputusan pergi ke toilet sahaja..Merehatkan minda dan kemudian sebelum bersidang baru aku lihat sedikit apa yang cuba dibawa oleh team mate aku dua orang wanita..Apabila Perdana menteriku manggagaskan usul barulah aku betul-betul cuba mendalami apa yang mereka cuba bawa..
Bangun pula yang kedua, disini memang aku cuba luahkan segalanya...Bercerita pula isu penyapu membidas pihak lawan dan dikaitkan pula dengan alam sekitar..aku tercengang seketika mendengarnya..Walau pun aku tahu ianya ada sedikit slect, aku cuba menyelamatkan apabila aku bangun nanti..Aku mengaggap ia suatu cabaran untuk aku selaku pertahanan.
Dengan juri 2-1 kita menang juga akhirnya..pendebat terbaik diri ku ini lah juga..
Namun tittle untuk kali ini boleh aku kategorikan sebagai sedikit aku bangga namun bukan lah untuk aku menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.Aku mengagak pasti satu lagi team UTeM akan bertanya tentang keputusan dan pendebat terbaik,.Dan akhirnya Naim, selaku ketiga juga untuk UTeM2 meletak kan sasaran agar aku boleh menjadi diantara 20 pendebat teratas dalam ranking antara 160 orang debater...Aku melihat ada satu kepercayaan agaknya untuk aku mencapai sasaran itu..tak palah aku cuba...!!..caiyok-caiyok..
Maka masuklah persidangan yang seterusnya kita kalah..
esoknya pula, sidang ke empat..Berdepan dengan UTP, diumumkan dahulu diriku ini menjadi best debater..Juri 3-0 dan margin yang besar 6.5....aku sangat kecewa sebagai pendebat terbaik dipihak kerajaan tetapi tewas dengan jurang amat luas..
Kekecewaan terus berlarutan, pendebat terbaik juga persidangan kelima sebagai pembangkang tapi tewas juga..
persidangan keenam rasa tak nak turun,.sebab dah rasa tekak yang sakit dan tak bersemangat...Juga kalah, dan title best debater di rampas pihak lawan..
Rumusan untuk integriti, aku rasa ada satu keyakinan berkecimpung dalam dunia perdebatan sebagai pendebat ke tiga..Ada juga yang tertanya-tanya siapakah MARTIN, ada yang bertanya semasa terserempak didalam lif, ada juga hakim yang bertanya samada aku ni baru lagi ke, coz tak pernah dengar nama sebelum ni..Aku rasa sedikit usaha aku setelah royal tempoh hari ada pengiktirafan secara tak formalnya..Namun aku tetap kecewa kerana team aku tak kemana..Tak mengapalah mungkin boleh cuba lagi..Satu lagi, aku akhirnya menyahut cabaran, dan mendapat ranking ke 14 pendebat dalam liga..Boleh lah aku gembiralah cket...
Kepada team mate aku, aku minta maaf coz tak dapat nak buat yang lagi baik untuk team...Dan aku berterima kasih kerana banyak memberi didikan dan tunjuk ajar untuk aku berdebat..Tp percayalah kita boleh pergi lebih jauh, cuma usaha kena ada dan sedar serta detectlah setiap kelemahan yang ada...Mohon mencadang...huhuhuuu...>>>