Dalam kesibukan pelosok dunia menumpukan mata ke China, dalam entri ini aku bukan ingin menulis berkaitan beberapa rekod dunia yang telah diperbaharui. Walau apapun aku kagum dengan semangat seorang atlit wanita Rusia dalam usaha merekodkan ketinggian terbaru bagi acara lompat galah pada cubaan terakhirnya, ternyata kesukaraan dengan semangat wajanya membenarkan segala kemungkinan. Begitu juga, Tahniah buat Lee Chong Wei dengan sinaran Perak yang anda bawa pulang ke Malaysia.
Dalam entri ini juga bukannya cerita tentang aku, kalau nak tahu alkisah aku bersama rakan-rakan silalah ke sini
Ini semua soal KUASA.!. Kuasa yang dimiliki, mampu diguna untuk apa sahaja. Tetapi perlu diingat kuasa siapa lagi kuat? Betapa berkuasanya selaku presiden namun Pervez Musharraf pada akhirnya meletak jawatan sekali gus diangap sebagai demokrasi hidup semula oleh sesetengah rakyat Pakistan. Dengan kuasa rakyat amerika, Barry Soetoro berpeluang menjadi calon President Amerika.
Begitu jugalah dengan kuasa sebagai kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, maka Akta DNA telah dibentangkan di dewan rakyat. Namun sekalian rakyat jelata, anda semua jangan sewenang wenangnya melemparkan segala kata kononnya ini salah satu dari siri konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Kenapa nak jatuhkan dia? Perdana Menteri sendiri telah menegaskan bahawa ini semua untuk tujuan membasmi jenayah. Kenapa masih ada yang degil tidak mahu percaya.?.
Maaflah, kerajaan sekarang sudah semakin insaf dan sedar. Sebab itu, sekarang kerajaan terbilang ini mula mengorak langkah untuk membasmi jenayah yang telah menunjukkan peningkatan bertahun sudah. Kes Nurin yang berlalu setahun belum selesai, perkara seumpama ini antara keperluan akta ini dibentuk. Bukan sebab Anwar wahai rakan-rakan. Tetapi ini demi keadilan untuk mangsa jenayah seperti Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peningkatan kes rogol seumpamanya 2,454 kes pada 2006 , tetapia akta DNA ketika itu belum diperlukan sehinggalah peningkatan hampir 30% pada 2007 dan baru sekarang kita harus bertindak. Ini dibayangkan sebagai keadaan yang terdesak dan amat gawat kepada kita semua. Benar benar perlu.
Benar, tuan tuan dan puan puan ini kebetulan sahaja dengan kes Anwar Ibrahim. Percayalah kalau tidak sebab esok ada penamaan calon Parlimen Permatang Pauh pun, Saiful memang tetap bersumpah untuk menunjukkan betapa jeliknya seorang insan yang sanggup meliwat. Ini semua bukan sebab nak jatuhkan Anwar. Kalau nak kata, bukan setakat jatuhkan, malah kalau nak hancurkan dia biar berkecai badan di Malaysia kepala di Mongolia pun cukup senang dan mudah. Buat apa nak bersumpah sumpah. Tetapi yakinlah wahai pengundi pengundi P44 amnya dan rakyat Malaysia khususnya. Sekalian rakyat jelata, saya cukup pasti anda semua cukup waras, tidak tertipu dengan segala dakyah politik. Baik katak melompat mahupun hak ketuanan perompak.
Tuesday, August 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



7 comments:
Haha... Dah update blog jugak akhirnya ko ni...
Dah melambak lambak blog pasal politik kat luar sana dah. Ko nak jugak ikut. Haha... Arif ke Anwar? BN ke PKR? Kita tunggu dan lihat camane orang Permatang Pauh pikiah... HEHE...
PS: Ke nak RPK? HAHAHA...
aha..Boon, sekadar ingin turut serta bloger2 lain dalam arena ini..Lama dah tak mencarut dalam lamanku ini..Antara arif dan Anwar aku pilih ARA..Kehekehehh..Apa lo pikiah.?.
x semestinya bersumpah menunjkkan segala2 nyer betul pada pihak yang bersumpah...sumpah bukan benda main2...sedangkan waktu zaman nabi dulu pun ader yang sanggup menipu bersumpah ini kan pula zaman akhir zaman nie.wallahualam...semoga tuhan tunjukkan yang mane benar yang mana salah...
Tu lah pasal,.setuju dengan anonymous..orang main liwat2 kaum sejenis nih, malu aku dengar..eee..Kalau kebenaran tertunjuk, jika benar berlaku aku tetap malu, kalau tak berlaku lagilah memaluN..peyy..
yg pertama :
dlm mana2 hadis ade ke dceritakan psl sumpah? ilmu agamaku cetek sahaja tp rsnya xde lg..
yg kedua :
kes ni kan d mahkamah sudahnya, akuan brsumpah rsnya xpengaruhi pun keputusan mahkamah..
yg ketiga :
kalau la kt d malaysia ni ade medium baru nak buktikan sape salah sape benar (akuan bersumpah), abes klu saiful bukhari sumpah kt kata saiful benar, klu lps tu anwar plak yg bsumpah jgk, kt nak kata anwar benar jgk la kan, dah tu spe yg betul sape yg salah??ke nak tggu salah sorg kena laknat dl br kt tau sape btl sape slh..
ntah la, ak cukup risau dgn pmainan politik skang, risau tsunami d indon dtg ke malaysia je...-vanilla
apa jenis politik ni!!! Main agama dan kaum... benci tol, menyampah!!!
bila nak hapdet blog ko ni martin!
Post a Comment