Tuesday, July 15, 2008

Debat

Debat.?.Namanya saja sudah memperlihatkan siapa yang menang dan siapa pula yang kalah..Ini kata2 salah seorang rakyat M'sia..Siapa.?.Tidak penting untuk aku..Tapi menjawab kata2 ini, biarlah kalian yang tentukan, anda semua lebih arif. Disini debat yanga dimasudkan adalah antara Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Shabery Cheek.Keterbukaan Media, dan Keberanian Menteri Penerangan amat saya kagumi dan puji. Namun, kerangka isi dan hujah sepanjang perdebatan ini lebih penting untuk dinilai dan ditafsir.


Saya bukan orang yang hebat dalam arena ini, tetapi beberapa perkara sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini ingin saya kongsi bersama. Sedikit pandangan saya, dan seberapa banyak pendapat anda saya perlukan.

1. secara umum, gagasan usul mudah oleh DASAI. Turun minyak RM 0.50 menjadikan harga jika bentuk kerajaan adalah RM 2.20. Dibidas dengan cantik oleh Shabery, kenapa turunkan harga RM2.70 - RM0.50.?.Mengaa tidak tolak RM1.90-RM0.50.?.kerana perkara ini mula diwar warkan sebelum pilihanraya lagi.

2. Jawab DSAI, ini langkah awal. Baik, korang sendiri nilai..

3. Pada pihak Shabery, beliau lebih suka fakta dan hujah yang dulu kala punya hal. Masalahnya Anwar tak Jawab. Fakta yang dikeluarkan oleh anwar berkaitan kroni, rasuah dan ++ dijawab oleh Shabery, cuma tidak dipertikaikan. Jawapan shabery begitu intelektual, negara yang punya kadar persepsi rasuah yang rendah pun harga minyak mereka naik juga. Maka rakyat malaysia, kalau ada peluang dapat rasuah tu, ambillah banyak-banyak sekurang2nya boleh guna untuk beli minyak..Mungkin ini satu cadangan untuk mengurangkan beban rakyat jelata kerana kenaikan harga minyak memang tidak boleh dielakkan.

4. Di pihak Anwar, terlalu sayangkan masa. Mungkin kerana dia nak cepat cepat packing sebab esok nak masuk sungai buloh semula. Serangan seperti, krisis yang sejak dulu, semasa anwar dalam kerajaan dia tidak pula selesaikan. Berarak dijalan raya berkonsert tak senonoh dan yang sewaktu dengannya...Semuanya tidak dijawab oleh Anwar. Yang dia cerita macam mana nak dapatkan 5 bilion supaya penurunan harga minyak adalah rasional.

5. Anda pandai2 lah nilai, mana satu yang rakyat malaysia perlukan ketika ini. Apakah kesempatan yang digunakan oleh anwar ketika kesempitan atau keberanian dan keterbukaan Shabery.?.

Buat pendebat UTeM dan rakan2 U yang lain selamat berjuang dipentas perdebatan UMS, Sabah. Isunya Alam sekitar, bukan turun harga minyak. Minyak naik, rakyat berjimat, alam sekitar selamat. Tahniah BN, Kalian sebenarnya menyumbang kearah alam sekitar sejahtera ..haa..

15 comments:

Anonymous said...

ntahlah....tp sepatutnyer si menteri penerangan malaysia tue x payahlah sentuh isu peribadi anwar...kan hal minyak tu.tue bukn ruangnyer...nampaknya mcm x professional...juz bahas pasal minyak lah...ader betol gak aper yang anwar kater...point dier ader...why not kerajaan dengar n nilai cadangan tue...ak x sokong maner2...tp kalau kat situ ader cara untuk mengurangkan bebanan rakyat...bleh lah dipertimbangkan.

MartinDinil said...

Aku katakan, patut menteri penerangan sentuh peribadi Anwar. Ini adalah jujur dan ikhlas dari hati beliau.

Saya tabik kepada Shabery, beliau tidak hipokrit dan menjadi diri beliau sendiri, begitu juga anwar. Berhujah melambangkan kredibiliti mereka sendiri.

Soalnya, kepada kita semua nilailah sendiri.?.
Kredibiliti yang mana satukah patut menghirup udara segar di Putrajaya.?.

Anonymous said...

aku tidak menyokong mana2... tetapi kualiti debat semalam sangat teruk...

1. anwar sepatutnya menerangkan bagaimana hendak mengurangkan harga minyak bukan dengan cara sahaja, malah dengan elemen2 lain untuk membantu dalam proses tersebut... contoh, beliau tunjukkan kiraan, namun kalau ada masalah berbangkit yang lain, tidak pula diambil kira seperti shabery cheek...

2. shabery cheek yang menggunakan serangan peribadi sangat bodoh... nampak sangat anda lemah dalam berhujah, banyak lagi soklan dan serangan yang boleh dibuat kepada anwar tetapi tidak pon dikeutarakan... serangan peribadi tidak akan membawa ke mana2...

aku bukan sokong mana2 pihak... namun dari segi persembahan, budak sekolah pun boleh berkata sedemikian... tanpa memikirkan realistik dan ideologi mereka berdua, bukanlah seperti seorang pemimpin yang aku harapkan...

aku kecundang dengan persembahan semalam... xperlu memuji kedua2 mereka... teruk SANGAT!!!

peace! no war... =)

shirleyKNC said...

aku takda tv. aku dengar je. rakyat malaysia. kita lihat, kita dengar. kita fikir. kita pilih.

MartinDinil said...

Yo, TQ anonymous for ur idea..Mudah saya fahami dan diterima akal..
Cuma saya nak bekup sikit dua orang uncle saya nie...hee..

Masa tak mengizinkan, pekiraan saya..50 minit cukup singkat untuk memperjelaskan bagaimana dan apa cara serta pertimbangan element ke tiga..

Dan shabery cheek bukannya sangat b*d*h, tapi pada pikiran beliau itulah perkara yang sangat wajar untuk memperlihatkan sejauhmana profesion Anwar. Saya sokong Johan Jaafar.hee..

MartinDinil said...

shirleyknc..Datang R rumah aku..Kita boleh tonton TV sesama. Dan sebelum pilih tu, pastikan anda telah mendaftar di SPR..haa..

shirleyKNC said...

haha.. aku lum cukup umo gk mk mengundi. ahax

Jathniel Tong said...

jgn ko ambik kesempatan...

razifmustapha said...

da namanya debat nak turunkan harga minyak, mesti la fokus pasal minyak, da menyimpang pasal peribadi wat ape.... mcm la shabery tu peribadi suci sgt pun..... back to the topic la. nak turunkan harga minyak, that why anwar tu terangkan mcm2 cara, tapi nak secara detail tu, memang tak cukup masa la. Bukan mcm shabery,fact takde, angka takda, just hentam peribadi, ape punya debat daa.... Satu je aku respect pasal dia berani berdebat dengan anwar, kalau nak compare dengan badawi ngan najib, haram pengecut tak mau debat.

MartinDinil said...

Kesempatan aper kejadah ko merepek nih Jathniel.?.Ko pun macam Shabery la, Anwar ambil kesempatan dalam kesempitan..haa..Kawan baik ko kew.?.hee..

Anonymous said...

2 ah...shabery cheek tue bukan saingan anwar...sepatutnyer yang 2 org lagi tue patutnyer.sebab tue si shabery tu asyik hentam hal peribadi jer...ak tgk pun x selera.berbuih....

Anonymous said...

ak tabik kedua2 yg berdebat malam tu, msg2 ade kelebihan dan kekuatan masing2..shabery, sgt brani utk brdebat dgn anwar, tampak yakin dgn stiap patah yg dihamburkan wlupun kdgkala nampak mcm membodohkan diri sndiri dgn brulang2 kali mnghentam pribadi anwar.lain yg ditanya lain yg dijawab, smpai pd pnggulungan pun ad jg diutarakan soal pribadi anwar. pnggulungan anwar ckp cantik, waima org yg xtau psl debat pun paham ap yg anwar smpaikan dgn rumusan stiap ap yg dikatakan. cuma anwar bg ak, sgt2 brani dlm mngutarakan ap2 mslh yg beliau bangkitkan. mampu atau tidak klu dia yg naik jd pm, soal rasuah n kebocoran xbrlaku separah skng. klu beliau mmpu bendung, sgt bgs..anwar jg bg ak nmpk xbnyk fact yg blh dfahami dlm bgimana utk btl2 mngatasi krisis harga mnyak dunia dlm ms yg sama, mmpu utk mnstabilkan kehidupan rakyat malaysia. bg ak, anwar nmpk mcm ckp2 kosong pun ad,blm benar2 mmpu yakinkan seluruh rakyat akan ap yg nak dilakukan, mcm kata shabery, "ckp mmg la sng". tp ntahla, mybe beliau xde ms n ruang yg btl2 ckp utk buktikan ap yg dikatakan. ak sokong dua2 sbnrny, xkesahla sape2 yg pgg kerajaan, klu dah bgs sume org suka..

MartinDinil said...

Anonymous, who R U.?.Idea dan kupasan yang menarek, sila tinggalkan nama anda seandainya sudi berkunjung d lain masa.TQ.

Anonymous said...

xpe..rsnye xperlu tau sape sy, sy lebih suka tdk dikenali,lgpun sy bknlah si arif yg mahir dlm pahit maung politik, sekadar org kebanyakan..bnykkan post2 yg sebegini, tampak anda lebih berpengetahuan dan intelek, juga xketinggalan dlm arus perdana..-vanilla

kipp3k said...

Thanks sebab melawat blog aku. Bagus juga penilaian anda dalam isu ini.. apa2 pun selamat berjaya.