Debat diraja yang lalu, inilah juga team aku, kecuali lelaki yang duduk tu(PIKA). Royal ari tu kita bertiga tanpa kehadiran simpanan. Dengan pengalaman yang 0, aku bertandang ke UiTM..Diberi mandad untuk duduk di kerusi empuk Menteri Pertahanan atau pembangkang pertama..Walau pun pertama kali, aku berdebat dengan keyakinan sendiri-sendiri...hahaha.., aku bayangkan aku duduk sorang-sorang saje..Aku membidas dengan ikut suke aku jer time persidangan yang pertama..Ditemukan pula dengan UPM..Tapi, aku agak gembira apabila pasukan kita menang tipis kepada UPM juri 2-1..Dan tak disangka diri ku ini yang pertama kali boleh juga dicalonkan sebagai pendebat terbaik..Tapi aku tahu, bukan sebab aku hebat, mungkin juri tu tak pernah nampak aku dan cuba bagi aku semangat kot..Kerana apa, selepas tamat bersidang dan sebelum keputusan aku di tegur tentang banyak perkara oleh team mate aku yang peompoan dua orang..Memang terdiam lah time tu..dan aku mengaku, memang aku patut di tegur dan banyak silap..
Dah menang, maka pergilah ke second round..Ditemukan pula dengan Uni Malaya..Bukan setakat aku, malah team mate aku yang dah pergi berdebat banyak siri dalam 3 tahun ini pown sudah bersedia mengatakan team kita mungkin akan.......Dengan usul 'Sudah tiba masanya rancangan realiti TV diharamkan' kita sebagai kerajaan. Berdepan dengan nama-nama gah yang pernah aku dengar terpacul dari mulut team aku semasa bercerita tentang pengalaman debat mereka seperti seen yee aun, dan azri zahier.Seperti biase aku ke 3.Sama lah juga tamat bersidang sudah pasti aku akan diberi banyak teguran.Apa-apa pun aku terima seadanya..Sekali lagi tanpa ku sangka aku menjadi best debater dan bukan lagi sebagai calon semata-mata.Aku pun tak faham sebabnya, kerana ini siri debat pertama aku.
Persidangan ketiga ini lagi lah mencabar untuk aku, ditemukan pula dengan UiTM.Lagi lah aku berdebar. salah satu kerana aku tak faham dan tak tahu tentang usul ' Caruman KWSP Wajar Ditambah'.Team aku pun tau cam gitu jer.Kedua aku juga pernah dengar, Nama seperti nizammudin sebagai best debater integriti.Aku terfikir sejenak, dulu aku pernah tanya pada rakan pendebat UTeM. Adakah mereka pernah lawan team seperti UM, UIAM, atau UiTM..Mereka selalu memuji team yang handal ini, dan mereka kata tak pernah lawan derang..Dan aku terfikir,mengapalah aku yang baru ni pulak jumpa orang yang otai-otai..
Nasib baik kita pembangkang, time PM UiTM gagas usul baru lah aku tahu serba sedikit tentang KWSP..hahahhah, lawak nya aku rasa..dan, time aku bidas lagi lah lawak..aku main hentam ikut apa aku tahu je..sampai juri pun boleh gelak sekali ngan penyokong-penyokong UiTM (tuan rumah)..Samalah juga habis bersidang, kena lah ditacap oleh team aku yang dah berpengalaman banyak tahun..Masuk untuk keputusan, kita tewas juri 2-1..dicalonkan juga sebagai pendebat terbaik, tapi time tu nizamudin yang dapat,.memang aku berbangga dengan hamparan hujah yang dikemukakan oleh nizammudin dan rakannya..memang berintelek dan layak dikatakan sangat hebat..Tapi sekali lagi aku tak faham dah 9 orang juri yang mencalonkan dan menobatkan pendebat terbaik kepada aku..Selepas habis persidangan kalah dengan UiTM aku jumpa dengan Hakim, aku tanya lah apa aku perlu lakukan untuk membuat yang lebih baik, dan aku mengaku royal adalah debat pertama untuk aku..Hakim yang gelak tadi menjawab, katanya 'Not Bad' dan di jelaskan dia gelak tadi bukan sebab silap atau sebagainya, tapi memang ada sesuatulah yang mencuit hati agaknya..
Maka untuk keesokan harinya, malam tu aku fikirkan kenapa dan bagaimana boleh berlaku...
Aku nak cuba detect apa sebenarnya yang aku ada sehimgga 9 juri ada kepercayaan kepada aku..Adalah beberapa yang aku rasakan, tp rahsia lar...!!>>huhuhu..
Esok nya pula persidangan keempat lawan UMP kita menang.
Sidang ke Lima, Lawan UIAM lah pulak..Tp kalah...Sekali lagi aku rasa dup dap dup dap jumpa lagi dengan nama-nama yang pernah terlintas di telinga, maknanya hebat lah nama ni seperti izat junid, dan Husna..
Sidang keenam tak ingat lawan sape..Tp kalah lar jugak..
Kesimpulan kepada debat diraja, aku dapat cam dengan nama yang pernah aku dengar..Tapi aku sedar tak siapa pun cam dan sedar kewujudan aku..Aku juga berbagga kerana ditawarkan pula oleh team mate aku untuk bersama-sama ke integriti yang akan datang..Untuk royal dan debat pertama aku rasa aku ada satu kejayaan untuk aku sendiri aku dapat menemukan satu lagi dunia dalam kehidupan..Seterusnya Integriti...>>>>>



0 comments:
Post a Comment