Monday, July 20, 2009

MU VS Malaysia suatu "message" bukan hinaan kepada Negara

Andai anda peka, tersiar suatu perasaan yg terungkap melalui kata di dada akhbar sebagai pilihan. Ayat nya lebih kurang begini "sedih melihat rakyat sendiri bersorak bilamana bola disumbat masuk ke gawang pasukan sendiri"...

Dari perspektif yang berbeza, saya agak sedih juga kerana tafsiran ini mengambarkan betapa majoriti rakyat malaysia ini tidak berjiwa cintakan negara apabila tidak mempamerkan sokongan kepada pasukan sendiri sebaliknya meraikan gol ke gawang sendiri. Cuba anda teliti, mengapa stadium Nasional Bukit Jalil dimerahkan oleh rakyat Malaysia, malah menyala nyala sewaktu perlawanan persahabatan antara Malaysia Allstar menentang Manchester United berlansung.?.Cuba anda renungkan mengapa mereka semua bersorak bila minit ke-9, Wayne Rooney mencetak gol pertama MU... mengapa.?.
Ini semua adalah "MESSAGE". Mereka semua rindukan pemain2 seperti James Wong, Mokhtar Dahari, R Arumugam, Soh Chin Aun dan beberapa nama besar dalam arena bola sepak Malaysia yang dahalunya pernah di gelar sebagai pemain kaki besi.

Jikalau dari satu sudut yang lain, bila Mohd. Amri Yahyah menjaringkan gol dari satu sepakan yang memerangkap Edwin van der Sar, siapa kata rakyat Malaysia tidak bersorak...Nah, kata mereka..."Sekurang kurangnya beliau memberikan sedikit petunjuk kepada apa yang kami harapkan"...Sebab itu bila Malaysia kalah dengan 3-2 kepada Manchester United mengundang rasa bangga sekali pun title nya itu "tewas". saya kira jikalau kita seri 3-3 kepada MU mungkin ada yang terkedu melihat baju merah baju merah sekalian stadium itu menari dan meloncat loncat keriangan...Bukan meraikan kemenangan, tapi meraikan suatu permulaan buat wira wira harapan mereka yang sejak hampir 4 dekat lamanya mempamerkan kekecewaan kepada mereka...anda semua renung renungkan..

Dalam pada itu, saya sendiri yang merencana untuk menonton secara live pasukan MU beraksi akhirnya terpaksa akur bila pasukan saya juga telah menetapkan perlawanan persahabatan menentang Universiti Putra Malaysia pada tarikh yang sama. Tapi yang nih bertikam lidah(Debat) bukan berebut bola. Aku terpaksa memberikan komitmen disebabkan tinggal seminggu lagi Debat berprestij "Debat Alam Sekitar 2009" bakal berlansung. Setidak tidaknya aku dah target tiket yang 60> ringgit tu pun jadi lar..haha..Bila menyebut pasukan MU nih ada sesuatu yang terlintas dalam ingatan..Tidak mengapalah, biarkan berlalu...

Pun begitu, perlawanan kedua Malaysia - MU...Aku tetap mahu pergi, maka dengan tidak malunya aku mengajak kawan sorang nih nak pegi tonton memandangkan aku melihat beliau agak fanatik terhadap sukan bola sepak..Malangnya, juga tidak dapat..Ada ada jek halangan dia nih..Hal "bini" la tu kot.?.haha..Disebabkan transport tak de, jadi kehadiran dia nih agaak penting la untuk aku kesana...

Kesimpulannya, tahniah buat malaysia atas "KEJAYAAN" dalam kedua dua perlawanan tersebut...Teruskan perjuangan Malaysia, bukan setakat pemain, tetapi juga diperingkat pengurusan..Dalam entri ini juga aku mengesahkan kehadiran aku dalam pasukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM ke Debat Alam Sekitar 2009 di Universiti Teknologi Petronas...Jumpa disana...

Tuesday, March 17, 2009

Jadual DEBAT INTEGRASI ISLAM 2009


Kepada pengurusan debat, pertimbangkan cadangan jadual perlawanan di atas. Sila Klik Untuk membesarkan jadual di atas.
Terima Kasih.

Monday, March 2, 2009

Display Wallpaper onie after Login

hah..tis thing wast my 3 hour...Dah ah skunk terkejar2 masa...Tetiba lak awal2 pg on je PC company tersayang neyh, kuar si wallpaper je..kalau wallppaper muka aku, tak per gak..haha..hancur btol..on off, on off..Sama juga..Bikin Brantakan tol..Sia2 je aku stay up smalam smpai kowl 1am..huh..

But, after 3 hour, maka aku dpat lah solusi nyew..ilmu yg baru untuk aku..Orang kata Hikmah..hehe..Dulu aku hengat lagi awek rakan aku semamat(FARHAN) nih...penah gak jadi gini Labtop nye..Then, rakan aku sorang datang opis nak minta tolong, aku lak blur tak tahu nak wat ape..antar kedai, n d cazz lah oleh tauke tuh..Sian..

TP, skunk..rerakan yg dikasihi..Jika anda ada mengalami masalah yg serupa..Tak usah malu2 nak tanya sama guea..haha, mudah jew rupanye..Pakai Shampoo jew..kehkehh...

Friday, February 13, 2009

14 february : u answer my question.?.

2.02 am :
Try to call, but sperti biasa selepas 8 nada tut tut kedengaran awek di meja operator akan melayan(not da 1st time, bt dah 5 month)

2.07 am :
Sudenly, 1 message received.

from :
Happy Valentine's Day..Nyte

Reply :
heppy valentine. Let our fwenship never be end wif question in my mind. mizz u..

from :
TQ. Dun thnk 2 much.

Reply :
Sudenly ur name appear, de tear in my eye...Hope u owkay..

from :
m fyne. Thanx. Sorry dat i make u hurt. Fam probz, health, love..Everythnk hppn 8 da same tyme. Nt much i can say. I fil breathlez so i nid sum space 2 breath. Datz owl...

Reply :
hepy 2 hear dat from u. dunt know wat to say. so let me sleep and enjoy my sweet dwem tonite..gud Nytee..

So this is de best gift during tis valentine..harap tis fwen sihat dari kesakitan, dan selesai segala permasalahan.. I know u strong gurl..

Valentine's Day

Dasar sejarahnya sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Untuk mengenang jasa dan pengorbanan Saint Valentine serta menghormati tradisi rakyat, maka para pastor Romawi menentukan tarikh 14 Februari sebagai Hari Valentine. Pada 469 M, Paus Gelasius mengumumkan setiap tahun pada 14 Februari sebagai Hari Valentine.

Ketika dalam kurungan, Saint Valentine berhasil menyembuhkan mata seorang gadis buta, anak penjaga menara, berkat imannya yang teguh dan kasihnya yang besar. Valentine jatuh cinta lalu menulis surat cinta pada si gadis. Sebelum menghadapi saat terakhirnya, sepucuk surat terakhir yang ditandatanganinya, tertulis sebuah kalimat "From Your Valentine" kepada gadis itu. Sebuah ekspresi kasih sayang yang hingga sekarang digunakan banyak orang. Setelah Valentine meninggal, di atas makamnya, tumbuh sebatang pohon berwarna merah jambu yang berdaun lebat ibarat lambang cinta yang abadi.

Itu sedikit latar sejarah valentine day.

Pun begitu, Buat sahabat sahabat yang muslim, jatuh hukumnya haram jika anda meraikan hari tersebut, harap anda hindari sesuatu yang boleh memurtadkan anda...Cukup setakat menghormati mereka yang meraikannya..

Thursday, January 29, 2009

Lonely...

Halooo world...
hm, nih bukan akon munya lagu..
skunk nih aku yang sendirian..
adoyai, boring huh..
tempat baru nih w/out kengkawan...
Tak pernah ku buat seperti ini..
sesaper yang sudi, datang2 R teman aku kat bandar pu3 puchong nih..
makan, lepak semuanya sowang2..aduh,tension..!!!!..
laptop ku yang retak 8 juga lar yang setia..huhu...

Thursday, December 11, 2008

Salam semua

Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, hari ini kembali semula. Agak banyak kisah peribadi mahupun bersama rakan tidak saya entrykan kedalam laman maya ini. Maaflah, kisah personal amat payah diceritakan pahit,manis segalanya bercampur. Pun begitu, kenangan indah sepanjang bertapak dibumi Malaya ini elok saya kongsikan bersama. Tetapi bukanlah di entry yang ini, lain masa saya cuba usahakan.


Biasalah sejak akhir akhir meniti hari yang mungkin akan selamanya aku tingalkan rumah tumpangan yang mengugkap keindahan semulajadi bersama manusia manusia yang aku gelarkan sebagai sahabat dan teman sepanjang hampir empat tahun aku menghuninya, agak gusar dan tercubit rasa hati. Berat juga untuk ku tinggalkan antara harta paling berharga yang pernah aku miliki sepanjang pengembaraan ini. Begitu juga bila suatu masa dahulu aku terpaksa melangkah meningalkan Labuan yang ku chinta, kini tiba giliran bumi malaya. Aku akur, dan tidak pernah lupa bumi kenyalang ibu pertiwiku.

Segala yang aku tingalkan akan ku simpan elok2 buat ingatan, jika ia sebuah gambar aku akan framekan di dinding buat perhiasan. Disebabkan ia sebuah cerita, aku kuncikan ia di hujung pangkal hati buat hiburan jiwa.